Followers

Facebook Badge

Thursday, November 3, 2011

~~HaRaPan~~ saya sayang Mama saya!!!

salam.. sekarang saya rasa  da kurang update blog saya neh! sbb sy terlalu sibuk dengan aktiviti harian.. Alhamdulillah, praktikal untuk sem 8 sudah abis..(^_^)...

Tapi, BERITA yang paling mengejut kan kami 1 family bila mama di masuk kan ke wad selepas berjumpa dengan doctor di jabatan kecemasan HRPZ2, dan selepas itu di tukar kan ke HUSM, sudah 14 hari mama masuk wad kerna AML (acute myeloid leukaemia) 1st stage.. iatu kanser sel darah putih yang terlalu banyak dari sel darah merah.. selepas doctor mengesahkan penyakit mama, pelbagai prosedur di jalan kan, dengan blood test, bone marrow aspiration, blood transfusion, selepas itu , masuk kan platelet ke dalam badan mama..

*platelet tambahan untuk mama..*

sepanjang berada di wad, mama kelihatan tenang walaupun hati nyer bergelora menahan sebak di dada, tapi sebagai anak, saya sedaya upaya menyakin kan mama bahawa mama akan cepat SEMBUH....dengan izin ALLAH s.w.t...sama2 la kita berdoa ye.. tuk 1st cycle selama 60 hari, mama harus menjalani chemotherapy sebanyak 3 kali, dan alhamdulillah, mama sudah melepasi tahap tersebut, walaupon pada mula nye, mama belum menyesuaikan diri dengan ubat chemo, jadi mama cepat sakit, lenguh, loya, kurang tidur, dan sekarang mama sudah menunjuk kan peningkatan yang baik.. saya berharap bila da mula 2nd cycle chemo, mama akan mulai ok..

Saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai kerna melawat mama di wad, dan memberikan kata2 perangsang kepada mama..

dan, pada 25hb 10 yang lalu, saya menyambut hari jadi dengan harapan mama akan cepat sembuh, sihat seperti sedia kala.. saya bernasib baik kerna dapat menjalani praktikal di HRPZ2 supaya dapat berulang alik setiap hari ke HUSM bergilir2 dengan papa menjaga mama..

p/s : Mama, orang akan buat yang terbaik untuk exam LJM nanti... dan orang akan hadiahkan kepada mama dengan keputusan yang cemerlang..:)

1 comment:

  1. nk tnya leh x? Awk knal x syahira yg bjaga kt wad cempaka?

    ReplyDelete

~LikERs~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KaWaN-KaWaN Ku